Monday 31 October 2011

Pertandingan Blog, Facebook & Video Korporat Peringkat Daerah Kemaman

Satu perjumpaan antara guru-guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Kemaman telah diadakan pada 31 Oktober 2011 bertempat di Makmal Komputer SMK Chukai, Kemaman. Perjumpaan ini bertujuan untuk memilih sekolah yang akan mewakili daerah Kemaman untuk menyertai Karnival Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling peringkat negeri Terengganu.








Sunday 30 October 2011

Guru Bimbingan & Kaunseling SMAAFK


     Nama penuh beliau ialah Siti Norkhairiyah binti Ma'mom 
     Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling dengan Kepujian di Universiti   Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. 
     Beliau pernah berkhidmat di SMK Buloh Kasap di Segamat bermula pada November    2007 hingga Mei 2011 
     Pada bulan Jun 2011, beliau bertukar ke Sek. Men. Agama Al-Falah Kemaman
     Beliau merupakan seorang yang tegas dan disenangi oleh para pelajar





Friday 28 October 2011

Pelajar Cemerlang

Setiap tahun apabila keputusan peperiksaan awam seperti PMR dan SPM diumumkan sudah pasti akan muncul ribuan pelajar yang cemerlang . Setiap individu yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan adakah cemerlang dalam semua aspek? Oleh itu , penulis akan mengupas tentang apa yang benar-benar cemerlang dalam erti kata sebenarnya .

Pelajar yang cemerlang sudah tentu mempunyai sejarah pencapaian akademik yang cemerlang sama ada peperiksaan dalaman atau peperiksaan awam . Bukan itu sahaja ,  mereka juga merupakan pelajar yang sentiasa taat dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru pada masa yang telah ditetapkan . Hal ini selaras dengan kata-kata pujangga , 'orang cerdik memberi jawapan , orang bodoh memberi alasan' . Mereka juga turut membuat persediaan sebelum guru memulakan pelajaran baru .

Selain aspek akademik , pelajar yang cemerlang juga mempunyai daya kepimpinan . Daya kepimpinan menjadikan mereka seorang yang dihormati oleh rakan-rakan yang lain . Sebagai contoh , pelajar yang cemerlang akademik dan mempunyai daya kepemimpinan yang tinggi akan dilantik oleh pihak sekolah sebagai ketua pelajar atau pengawas sekolah . 

Seorang yang cergas dan mempunyai sahsiah diri yang berdisiplin juga merupakan aspek penting dalam diri seorang pelajar cemerlang . Penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti pertandingan bahas dan acara sukan menunjukkan mereka seorang yang cergas . Disiplin yang baik seperti menghormati guru , menepati masa dan tidak melanggar  peraturan sekolah menyebabkan mereka disenangi oleh semua pihak . 



Konklusinya , pelajar cemerlang yang dihasilkan pada setiap tahun perlu cemerlang dalam pelbagai aspek . Pihak sekolah dan ibu bapa perlu peka akan perkara ini agar modal insan yang kita lahirkan berminda kelas pertama seperti yang diuar-uarkan oleh mantan Perdana Menteri kita , Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi .


Tuesday 25 October 2011

Gengsterisme


Gengsterisme merupakan satu fenomena yang dianggap menular di kalangan remaja dewasa ini. Ia dilihat bukan sahaja berkemampuan menghalang pencapaian pelajar remaja malahan boleh mengganggu perkembangan remaja dalam arus pembangunan negara. Ia perlu ditangani kerana gengsterisme boleh mempengaruhi pembabitan pelajar di dalam kegiatan lain seperti penagihan dadah, ponteng kelas, keciciran sekolah, kekerasan, ketagihan alkohol dan rogol.





Thursday 13 October 2011

Mengapa Kerajaan Mengharamkan Pengunaan Telefon Bimbit di Sekolah

Kemajuan sistem komunikasi di seluruh dunia bergerak begitu pantas. Keadaan ini menyaksikan telefon bimbit menjadi satu keperluan, bukan satu barang mewah. Kemajuan ini berhak dinikmati oleh semua strata masyarakat. Namun, apa yang menjadi persoalan mengapakah pula pihak kerajaan tidak membenarkaan penggunaan telefon bimbit di sekolah?

Faktor utama pengharaman telefon bimbit di sekolah adalah dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Cuba bayangkan, seramai 40 orang pelajar membawa telefon bimbit di dalam kelas sedangkan guru sedang mengajar. Sudah pasti deringan atau nada mesej telefon bertalu-talu dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Bukan hanya bunyi deringan telefon, kemungkinan pelajar menyalahgunakan telefon untuk perkara yang tidak baik. Meniru semasa peperiksaan, berlaku kecurian telefon kerana tidak semua pelajar mampu memiliki telefon dan mungkin terdapat pelajar yang membawa telefon canggih yang mempunyai talian Internet untuk tujuan yang tidak elok.

Tuntasnya,pengharaman telefon bimbit di sekolahadalah satu langkah bijak walaupun pada peringkat awal mendapat reaksi negative daripada pelbagai pihak.


Klik Sini !