Sunday, 30 October 2011
Guru Bimbingan & Kaunseling SMAAFK
Friday, 28 October 2011
Pelajar Cemerlang
Setiap tahun apabila keputusan peperiksaan awam seperti PMR dan SPM diumumkan sudah pasti akan muncul ribuan pelajar yang cemerlang . Setiap individu yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan adakah cemerlang dalam semua aspek? Oleh itu , penulis akan mengupas tentang apa yang benar-benar cemerlang dalam erti kata sebenarnya .
Pelajar yang cemerlang sudah tentu mempunyai sejarah pencapaian akademik yang cemerlang sama ada peperiksaan dalaman atau peperiksaan awam . Bukan itu sahaja , mereka juga merupakan pelajar yang sentiasa taat dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru pada masa yang telah ditetapkan . Hal ini selaras dengan kata-kata pujangga , 'orang cerdik memberi jawapan , orang bodoh memberi alasan' . Mereka juga turut membuat persediaan sebelum guru memulakan pelajaran baru .
Selain aspek akademik , pelajar yang cemerlang juga mempunyai daya kepimpinan . Daya kepimpinan menjadikan mereka seorang yang dihormati oleh rakan-rakan yang lain . Sebagai contoh , pelajar yang cemerlang akademik dan mempunyai daya kepemimpinan yang tinggi akan dilantik oleh pihak sekolah sebagai ketua pelajar atau pengawas sekolah .
Seorang yang cergas dan mempunyai sahsiah diri yang berdisiplin juga merupakan aspek penting dalam diri seorang pelajar cemerlang . Penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti pertandingan bahas dan acara sukan menunjukkan mereka seorang yang cergas . Disiplin yang baik seperti menghormati guru , menepati masa dan tidak melanggar peraturan sekolah menyebabkan mereka disenangi oleh semua pihak .
Konklusinya , pelajar cemerlang yang dihasilkan pada setiap tahun perlu cemerlang dalam pelbagai aspek . Pihak sekolah dan ibu bapa perlu peka akan perkara ini agar modal insan yang kita lahirkan berminda kelas pertama seperti yang diuar-uarkan oleh mantan Perdana Menteri kita , Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi .
Tuesday, 25 October 2011
Gengsterisme
Thursday, 13 October 2011
Mengapa Kerajaan Mengharamkan Pengunaan Telefon Bimbit di Sekolah
Kemajuan sistem komunikasi di seluruh dunia bergerak begitu pantas. Keadaan ini menyaksikan telefon bimbit menjadi satu keperluan, bukan satu barang mewah. Kemajuan ini berhak dinikmati oleh semua strata masyarakat. Namun, apa yang menjadi persoalan mengapakah pula pihak kerajaan tidak membenarkaan penggunaan telefon bimbit di sekolah?
Faktor utama pengharaman telefon bimbit di sekolah adalah dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Cuba bayangkan, seramai 40 orang pelajar membawa telefon bimbit di dalam kelas sedangkan guru sedang mengajar. Sudah pasti deringan atau nada mesej telefon bertalu-talu dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
Bukan hanya bunyi deringan telefon, kemungkinan pelajar menyalahgunakan telefon untuk perkara yang tidak baik. Meniru semasa peperiksaan, berlaku kecurian telefon kerana tidak semua pelajar mampu memiliki telefon dan mungkin terdapat pelajar yang membawa telefon canggih yang mempunyai talian Internet untuk tujuan yang tidak elok.
Tuntasnya,pengharaman telefon bimbit di sekolahadalah satu langkah bijak walaupun pada peringkat awal mendapat reaksi negative daripada pelbagai pihak.
Monday, 19 September 2011
Masalah Sosial Di Kalangan Remaja
Pada masa lalu masalah disiplin pelajar sekolah
hanya berkisar di sekitar kenakalan mereka seperti
melawan guru, melanggar peraturan kelas, tidak
memenuhi keperluan kerja sekolah, merosakkan
harta benda awam, ponteng sekolah, merokok,
♫ Namun sejak akhir ini tingkah laku mereka
semakin berani dengan melakukan pelabagai salah
laku dan jenayah berat termasuklah mencederakan
orang, membunuh, merogol, menyamun,
menonton video lucah, berzina/berkhalwat dan
sebagainya
LATAR BELAKANG MASALAH
♫ Dasar pendidikan telah digubal dan disesuaikan dari
masa ke semasa untuk meningkatkan mutu sistem
pendidikan bagi memenuhi keperluan semasa dan akan
datang.
♫ Konsep dan proses pendidikan juga telah merangkumi
aspek intelek, jasmani serta pembinaan akhlak yang
mulia, berani, hormat menghormati dan
memperkembangkan potensi individu hingga ke
peingkat optimum bagi menjadikan mereka rakyat yang
berguna kepada masyarakat dan negara.
♫ Namun begitu keberkesanan daripada pendidikan yang
diharapkan tidak dapat membentuk sahsiah dan
peribadi pelajar yang diharapkan.
♫ Tanpa menuding mana-mana pihak, setiap individu
perlu insaf bahawa delikuensi dan keruntuhan akhlak
pelajar menandakan ada kesilapan pada bahagian
tertentu dalam pendidikan samada formal dan tidak
formal.
♫ Masyarakat juga perlu insaf bahawa pendidikan
bukanlah tugas pihak tertentu tetapi adalah amanah dan
tanggungjawab semua meliputi individu, ibu bapa,
kepimpinan masyarakat dan negara.








