Tuesday 1 November 2011

Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling SMA Al-Falah Kemaman

VISI

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang terapeutik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2012

MISI

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya.
- Menguruskan program dan aktiviti dengan cekap dan berkesan
- Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia
- Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi tinggi dalam akademik
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program Bimbingan & 
  Kaunseling
- Memberikan pendedahan kerjaya yang bersesuaian kepada pelajar

FALSAFAH

Bahawasanya setiap murid mempunyai prestasi yang boleh digemblengkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang cekap, berkesan, dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelektual serta beriman beramal soleh.

No comments:

Klik Sini !