Monday 19 September 2011

Masalah Sosial Di Kalangan Remaja


Pada masa lalu masalah disiplin pelajar sekolah
hanya berkisar di sekitar kenakalan mereka seperti
melawan guru, melanggar peraturan kelas, tidak
memenuhi keperluan kerja sekolah, merosakkan
harta benda awam, ponteng sekolah, merokok,
melepak, tiada kekemasan diri dan sebagainya.





 Namun sejak akhir ini tingkah laku mereka
semakin berani dengan melakukan pelabagai salah
laku dan jenayah berat termasuklah mencederakan
orang, membunuh, merogol, menyamun,
menonton video lucah, berzina/berkhalwat dan
sebagainya



LATAR BELAKANG MASALAH


 Dasar pendidikan telah digubal dan disesuaikan dari
masa ke semasa untuk meningkatkan mutu sistem
pendidikan bagi memenuhi keperluan semasa dan akan
datang.


 Konsep dan proses pendidikan juga telah merangkumi
aspek intelek, jasmani serta pembinaan akhlak yang
mulia, berani, hormat menghormati dan
memperkembangkan potensi individu hingga ke
peingkat optimum bagi menjadikan mereka rakyat yang
berguna kepada masyarakat dan negara.


 Namun begitu keberkesanan daripada pendidikan yang
diharapkan tidak dapat membentuk sahsiah dan
peribadi pelajar yang diharapkan.


 Tanpa menuding mana-mana pihak, setiap individu
perlu insaf bahawa delikuensi dan keruntuhan akhlak
pelajar menandakan ada kesilapan pada bahagian
tertentu dalam pendidikan samada formal dan tidak
formal.


 Masyarakat juga perlu insaf bahawa pendidikan
bukanlah tugas pihak tertentu tetapi adalah amanah dan
tanggungjawab semua meliputi individu, ibu bapa,
kepimpinan masyarakat dan negara.




No comments:

Klik Sini !