Friday 11 November 2011

Ibu ♥




Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya.

"Ibu, mengapa Ibu menangis?".
Ibunya menjawab,
"Sebab, Ibu adalah seorang wanita, nak".
"Saya tak faham" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyumdan memeluknya erat.

"Nak, kamu memang tak akan pernah faham...."
Kemudian, anak itu bertanya pada ayahnya. 
"Ayah, mengapa Ibu menangis?
Nampaknya Ibu menangis tanpa ada sebab yang jelas?"
Ayah menjawab,
"Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan"
Hanya itu jawapan yang boleh diberikan ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja
dan tetap tertanya- tanya, mengapa wanita menangis.
Pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan.
"Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"
Dalam mimpinya, Tuhan menjawab,
"Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya,
walaupun itu,
bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.
Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau,
seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.
Kuberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.
Pada wanita, Kuberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya,walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.
Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam
keadaan apapun, dan dalam situasi apapun. 
Walau,
tak jarang anak-anaknya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.
Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap.
Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.
Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa- masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. 
Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?
Kuberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuanuntuk memberikan pengertian dan menyadarkan, bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya.
Walau,
seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.
Dan, akhirnya,
Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya.
Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan
bila-bila ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".


Maka, dekatkanlah diri kita pada sang Ibu kalau beliau masih hidup, berbaktilah, selagi masih ada waktu.....kerana di kakinyalah kita menemukan syurga.




Thursday 10 November 2011

Sejarah Ringkas Al-Falah

                                             PERKEMBAGAN DAN KEMAJUAN


-BILANGAN PELAJAR,GURU DAN KAKITANGAN


Mulai dari awal tahun 1980-an,bilangan pelajar yang diterima masuk ke sekolah ini terus meningkat dengan banyaknya.Daripada 246 orang pelajar pada tahun 1989.Permohonan untuk masuk ke sekolah ini sentiasa melebihi daripada kuota.Memandangkan kekurangan tempat dan tenaga pelajar,bilangan pelajar yang diterima terpaksa dihadkan dan pada tahun ini hanya terdapat seramai lebih kurang 900 orang pelajar sahaja yang belajar dari tingkatan satu hingga tingkatan enam.


Pada awal tahun 1997 ini,terdapat seramai 64 orang guru yang mengajar di sekolah ini.Dari jumlah tersebut sembilan orang daripadanya ialah guru-guru yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan dan lainnya adalah guru-guru yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Terengganu.Dari segi kakitangan Pentadbiran pula,terdapat seramai 17 orang kakitangan yang terdiri daripada Pegawai Kerani(2),Jurutaip(1),PAR(5),Penyelia Asrama(2),Pembantu Makmal(1),PRA(5) dan Penyelia Asrama(1).




  -PEMBANGUNAN FIZIKAL


Dari segi pembangunan fizikal,mulai tahun 1969,sekolah ini telah berubah wajah daripada bangunan kayu kepada bangunan konkrit di mana sebuah bangunan sekolah dua tingkat telah didirikan pada tahun tersebut.Pembinaan bangunan-bangunan baru sama ada untuk bilik darjah,asrama atau kegunaan lain berterusan selepas itu hingga ke hari ini.Buat masa ini,sekolah ini mempunyai satu blok bangunan sekolah dua tingkat,empat blok bangunan sekolah tiga tingkat,satu blok asrama puteri tiga tingkat,dua buah dewan makan asrama,sebuah dewan besar,sebuah surau,satu blok bangunan makmal dan bilik mesyuarat seta dua buah rumah guru untuk Pengetua dan Guru Penolong Kanan.Pembinaan bangunan-bangunan baru dan lanskap dijangka siap sepenuhnya dalam beberapa tahun akan datang ini setelah kawasan sekolah yang lama seluas 5.1577 ekar bertambah sebanyak 2.829 hektar lagi.Sekolah ini di atas Lot 2473 Mukim Cukai,Kemaman.


-HARAPAN


1) Mengadakan aliran sains untuk pelajar-pelajar tingkatan menengah atas bagi mengisi kekurangan pelajar-pelajar sains agama yang dikeluarkan Kerajaan Negeri pada masa kini.
2) Ingin melihat pencapaian yang semakin meningkat dari segi pencapaian akademik menerusi peperiksaan peringkat persijilan.
3) Ingin melahirkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi pencapaian akademik tetapi juga dari segi pembentukan disiplin dan moral yang tinggi.
                 

Wednesday 9 November 2011

Lagu PRS



Pembimbing Rakan Sebaya
Menawar khidmat bakti
Menjana kegemilangan
Wawasan negara

Kami berdiri megah
Dengan tekad dan harapan
Membantu dan membimbing
Penuh kasih mesra

PRS pemangkin
Mesyarakat penyayang
Berilmu beramal
Bentuk jati diri

Amanah diberi
Janji ditepati
Amalan mulia
Jadikan panduan

Pembimbing Rakan Sebaya
Siap sedia berjasa
Membentuk dan membina
Hidup yang bermakna



Kami Hamba



Tiada lafaz seindah syahadah,
Tiada kata seagung namaMu,
Dengan bismillah aku mulakan,
NamaMu ku seru Ya Tuhan.
Wahai hamba,
Seandainya engkau Nabi,
Takkan pernah sekali,
Aku menyusun kata,
Memberi nasihat bermakna,
Walaupun engkau manusia,
Tetapi engkau maksum.
Wahai hamba,
Seandainya engkau Malaikat,
Takkan pernah sekali,
Aku menutur kata,
Memberi teguran penuh hikmah,
Walaupun engkau hamba,
Engkau seorang yang taat,
Tak pernah buat silap.
Namun,
Sayangnya,
Engkau bukanlah Rasul,
Bukan jua seorang malaikat,
Engkau adalah manusia biasa,
Tidak terlepas dari melakukan dosa,
Maka hak aku mengingatimu
Dengan berpesan-pesan,
Hak kamu juga mengingatiku,
Dengan kalimah penuh hikmah,
Mengatur kalam redha,
Menuju jannahNya
Yang kekal abadi

Sunday 6 November 2011

Cerita "Ulat dan Daun Hijau"



Musim hujan tlah berlalu sehingga di mana-mana tampak pepohonan menghijau .


Keliatan seekor ulat di antara dedaunan yang menghijau bergoyang-goyang di terpa angin .

”Apa kabar daun hijau” katanya …..

Tersentak daun hijau menoleh kearah suara yang datang .
”Ohh…kamu ulat , badanmu keliatan kurus dan kecil…mengapa ?” tanya daun hijau .

”Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku , bolehkan engkau membantuku sahabat ? ” kata ulat kecil .

”Tentu….tentu, dekatlah kemari ,’daun hijau berpikir ‘ Jika aku memberikan sedikit saja daunku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau . Hanya saja aku akan keliatan berlobang-lobang. ..tapi tak apalah .”

Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju ke daun hijau . Setelah makan dengan kenyang ulat berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan sebagian tubuhnya menjadi makanan si ulat .

Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu , ada rasa puas di dalam diri daun hijau . Sekali pun tubuhnya kini berlobang di sana sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar .

Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna . Akhirnya ia jatuh ketanah di sapu orang dan dibakar

….

Sahabat, Apa yang berarti di kehidupan kita sehingga kita enggan berkorban sedikit saja bagi sesama ?

Nahh……akhirnya semua yang ada akan mati bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran .

Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong . Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak melupakan kepentingan diri sendiri .

Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi orang lain memang tidak mudah, tetapi indah .

Ketika berkorban diri kita sendiri mnjadi seperti daun hijau yang berlobang namun sebenarnya itu tidak mempengaruhi kehidupan kita , kita akan tetap hijau ..Tuhan akan tetap memberkati dan memelihara kita .

Bagi daun hijau berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan . Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan . Ia juga melakukannya kerana menyadari bahwa ia tidak akan selamanya tinggal menjadi daun hijau , suatu hari ia akan kering dan jatuh .

Demikianlah kehidupan kita , hidup ini hanya sementara… kemudian kita akan mati . Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan baik, kasih, pengorbanan , pengertian , kesetiaan , kesabaran , dan kerendahan hati .

Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi kita . Kita dapat berkorban dalam banyak perkara , mendahulukan kepentingan sesama , melakukan sesuatu bagi mereka , memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan .

Yang mana yang sering kita lakukan ?
Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi daun hijau yang senang memberi ……?

Wednesday 2 November 2011

Pertandingan Pidato Pendidikan Kebersihan Bagi Pelajar SMA Terengganu Sempena Pertandingan Kebersihan Keindahan SMA Terengganu Tahun 2011

Pertandingan ini telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Marang,Marang.Tema pertandingan ini ialah "Negeri Bersih Rakyat Sihat".Majlis ini telah berlangsung pada 27 Oktober 2011.Syarat-syarat pertandingan tersebut ialah:

                   1)Peserta Kategori Menengah Rendah (1 Lelaki dan 1 Perempuan)
                   2)Peserta Kategori Menengah Atas (1 Lelaki dan 1 Perempuan) 
                   3)Peserta Kategori Menengah Tinggi

                            a) SMA(Atas)Sultan Zainal Abidin,Kuala Terengganu
                               (4 Orang Peserta - 2 Lelaki dan 2 Perempuan) terdiri daripada
                              
                              i)1 Lelaki (STAM)
                             ii)1 Lelaki (Tingkatan 6)
                            iii)1 Perempuan (STAM)
                            iv)1 Perempuan (Tingkatan 6)

               Sekolah kami telah merangkul 2 Johan dan 2 saguhati.Pelajar yang telah mendapat johan dalam pertandingan tersebut ialah Syed Mohd Refaie johan bagi Lelaki Menengah Rendah dan Khairul Izzah juga johan bagi Perempuan Menengah Rendah.Bagi perserta menengah atas pula mereka hanya mendapat hadiah saguhati sahaja.
Khairul Izzah


Tuesday 1 November 2011

Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling SMA Al-Falah Kemaman

VISI

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang terapeutik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2012

MISI

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya.
- Menguruskan program dan aktiviti dengan cekap dan berkesan
- Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia
- Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi tinggi dalam akademik
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program Bimbingan & 
  Kaunseling
- Memberikan pendedahan kerjaya yang bersesuaian kepada pelajar

FALSAFAH

Bahawasanya setiap murid mempunyai prestasi yang boleh digemblengkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang cekap, berkesan, dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelektual serta beriman beramal soleh.

Monday 31 October 2011

Pertandingan Blog, Facebook & Video Korporat Peringkat Daerah Kemaman

Satu perjumpaan antara guru-guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Kemaman telah diadakan pada 31 Oktober 2011 bertempat di Makmal Komputer SMK Chukai, Kemaman. Perjumpaan ini bertujuan untuk memilih sekolah yang akan mewakili daerah Kemaman untuk menyertai Karnival Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling peringkat negeri Terengganu.








Sunday 30 October 2011

Guru Bimbingan & Kaunseling SMAAFK


     Nama penuh beliau ialah Siti Norkhairiyah binti Ma'mom 
     Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling dengan Kepujian di Universiti   Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. 
     Beliau pernah berkhidmat di SMK Buloh Kasap di Segamat bermula pada November    2007 hingga Mei 2011 
     Pada bulan Jun 2011, beliau bertukar ke Sek. Men. Agama Al-Falah Kemaman
     Beliau merupakan seorang yang tegas dan disenangi oleh para pelajar





Friday 28 October 2011

Pelajar Cemerlang

Setiap tahun apabila keputusan peperiksaan awam seperti PMR dan SPM diumumkan sudah pasti akan muncul ribuan pelajar yang cemerlang . Setiap individu yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan adakah cemerlang dalam semua aspek? Oleh itu , penulis akan mengupas tentang apa yang benar-benar cemerlang dalam erti kata sebenarnya .

Pelajar yang cemerlang sudah tentu mempunyai sejarah pencapaian akademik yang cemerlang sama ada peperiksaan dalaman atau peperiksaan awam . Bukan itu sahaja ,  mereka juga merupakan pelajar yang sentiasa taat dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru pada masa yang telah ditetapkan . Hal ini selaras dengan kata-kata pujangga , 'orang cerdik memberi jawapan , orang bodoh memberi alasan' . Mereka juga turut membuat persediaan sebelum guru memulakan pelajaran baru .

Selain aspek akademik , pelajar yang cemerlang juga mempunyai daya kepimpinan . Daya kepimpinan menjadikan mereka seorang yang dihormati oleh rakan-rakan yang lain . Sebagai contoh , pelajar yang cemerlang akademik dan mempunyai daya kepemimpinan yang tinggi akan dilantik oleh pihak sekolah sebagai ketua pelajar atau pengawas sekolah . 

Seorang yang cergas dan mempunyai sahsiah diri yang berdisiplin juga merupakan aspek penting dalam diri seorang pelajar cemerlang . Penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti pertandingan bahas dan acara sukan menunjukkan mereka seorang yang cergas . Disiplin yang baik seperti menghormati guru , menepati masa dan tidak melanggar  peraturan sekolah menyebabkan mereka disenangi oleh semua pihak . 



Konklusinya , pelajar cemerlang yang dihasilkan pada setiap tahun perlu cemerlang dalam pelbagai aspek . Pihak sekolah dan ibu bapa perlu peka akan perkara ini agar modal insan yang kita lahirkan berminda kelas pertama seperti yang diuar-uarkan oleh mantan Perdana Menteri kita , Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi .


Tuesday 25 October 2011

Gengsterisme


Gengsterisme merupakan satu fenomena yang dianggap menular di kalangan remaja dewasa ini. Ia dilihat bukan sahaja berkemampuan menghalang pencapaian pelajar remaja malahan boleh mengganggu perkembangan remaja dalam arus pembangunan negara. Ia perlu ditangani kerana gengsterisme boleh mempengaruhi pembabitan pelajar di dalam kegiatan lain seperti penagihan dadah, ponteng kelas, keciciran sekolah, kekerasan, ketagihan alkohol dan rogol.





Thursday 13 October 2011

Mengapa Kerajaan Mengharamkan Pengunaan Telefon Bimbit di Sekolah

Kemajuan sistem komunikasi di seluruh dunia bergerak begitu pantas. Keadaan ini menyaksikan telefon bimbit menjadi satu keperluan, bukan satu barang mewah. Kemajuan ini berhak dinikmati oleh semua strata masyarakat. Namun, apa yang menjadi persoalan mengapakah pula pihak kerajaan tidak membenarkaan penggunaan telefon bimbit di sekolah?

Faktor utama pengharaman telefon bimbit di sekolah adalah dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Cuba bayangkan, seramai 40 orang pelajar membawa telefon bimbit di dalam kelas sedangkan guru sedang mengajar. Sudah pasti deringan atau nada mesej telefon bertalu-talu dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Bukan hanya bunyi deringan telefon, kemungkinan pelajar menyalahgunakan telefon untuk perkara yang tidak baik. Meniru semasa peperiksaan, berlaku kecurian telefon kerana tidak semua pelajar mampu memiliki telefon dan mungkin terdapat pelajar yang membawa telefon canggih yang mempunyai talian Internet untuk tujuan yang tidak elok.

Tuntasnya,pengharaman telefon bimbit di sekolahadalah satu langkah bijak walaupun pada peringkat awal mendapat reaksi negative daripada pelbagai pihak.


Monday 19 September 2011

Masalah Sosial Di Kalangan Remaja


Pada masa lalu masalah disiplin pelajar sekolah
hanya berkisar di sekitar kenakalan mereka seperti
melawan guru, melanggar peraturan kelas, tidak
memenuhi keperluan kerja sekolah, merosakkan
harta benda awam, ponteng sekolah, merokok,
melepak, tiada kekemasan diri dan sebagainya.





 Namun sejak akhir ini tingkah laku mereka
semakin berani dengan melakukan pelabagai salah
laku dan jenayah berat termasuklah mencederakan
orang, membunuh, merogol, menyamun,
menonton video lucah, berzina/berkhalwat dan
sebagainya



LATAR BELAKANG MASALAH


 Dasar pendidikan telah digubal dan disesuaikan dari
masa ke semasa untuk meningkatkan mutu sistem
pendidikan bagi memenuhi keperluan semasa dan akan
datang.


 Konsep dan proses pendidikan juga telah merangkumi
aspek intelek, jasmani serta pembinaan akhlak yang
mulia, berani, hormat menghormati dan
memperkembangkan potensi individu hingga ke
peingkat optimum bagi menjadikan mereka rakyat yang
berguna kepada masyarakat dan negara.


 Namun begitu keberkesanan daripada pendidikan yang
diharapkan tidak dapat membentuk sahsiah dan
peribadi pelajar yang diharapkan.


 Tanpa menuding mana-mana pihak, setiap individu
perlu insaf bahawa delikuensi dan keruntuhan akhlak
pelajar menandakan ada kesilapan pada bahagian
tertentu dalam pendidikan samada formal dan tidak
formal.


 Masyarakat juga perlu insaf bahawa pendidikan
bukanlah tugas pihak tertentu tetapi adalah amanah dan
tanggungjawab semua meliputi individu, ibu bapa,
kepimpinan masyarakat dan negara.




Tuesday 12 July 2011

Ceramah Motivasi HIV/AIDS

Baru-baru ini, terdapat ceramah motivasi kesedaran HIV di sekolah. Rumusan yang diperolehi daripada ceramah ini ialah:


H - Human
I  - Immunodeficiency
V - Virus

A - Acquired
I  - Immune
D -  Deficiency
S - Syndrom


Cara jangkitan virus ini issss:

1. Berkongsi jarum suntikan
2. S*ks
3. From ibu kpd anak
4. Susu ibu yg dijangkiti HIV

Kebanyakan  pnyakit AIDS berlaku disebabkan oleh
IVDU (Intravenous Drug Use)- penagihan dadah
sebanyakkk 87.3%


murid-murid! Sila bagi perhatian ckgu tgh talking2 ni!

=)

virus HIV TIDAK berjangkit melalui:

1. Sentuhan
2. Berkongsi kolam renang
3. Berkongsi makanan
4. Menderma darah
5. Gigitan nyamuk (kui3)








Klik Sini !