Thursday 10 November 2011

Sejarah Ringkas Al-Falah

                                             PERKEMBAGAN DAN KEMAJUAN


-BILANGAN PELAJAR,GURU DAN KAKITANGAN


Mulai dari awal tahun 1980-an,bilangan pelajar yang diterima masuk ke sekolah ini terus meningkat dengan banyaknya.Daripada 246 orang pelajar pada tahun 1989.Permohonan untuk masuk ke sekolah ini sentiasa melebihi daripada kuota.Memandangkan kekurangan tempat dan tenaga pelajar,bilangan pelajar yang diterima terpaksa dihadkan dan pada tahun ini hanya terdapat seramai lebih kurang 900 orang pelajar sahaja yang belajar dari tingkatan satu hingga tingkatan enam.


Pada awal tahun 1997 ini,terdapat seramai 64 orang guru yang mengajar di sekolah ini.Dari jumlah tersebut sembilan orang daripadanya ialah guru-guru yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan dan lainnya adalah guru-guru yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Terengganu.Dari segi kakitangan Pentadbiran pula,terdapat seramai 17 orang kakitangan yang terdiri daripada Pegawai Kerani(2),Jurutaip(1),PAR(5),Penyelia Asrama(2),Pembantu Makmal(1),PRA(5) dan Penyelia Asrama(1).




  -PEMBANGUNAN FIZIKAL


Dari segi pembangunan fizikal,mulai tahun 1969,sekolah ini telah berubah wajah daripada bangunan kayu kepada bangunan konkrit di mana sebuah bangunan sekolah dua tingkat telah didirikan pada tahun tersebut.Pembinaan bangunan-bangunan baru sama ada untuk bilik darjah,asrama atau kegunaan lain berterusan selepas itu hingga ke hari ini.Buat masa ini,sekolah ini mempunyai satu blok bangunan sekolah dua tingkat,empat blok bangunan sekolah tiga tingkat,satu blok asrama puteri tiga tingkat,dua buah dewan makan asrama,sebuah dewan besar,sebuah surau,satu blok bangunan makmal dan bilik mesyuarat seta dua buah rumah guru untuk Pengetua dan Guru Penolong Kanan.Pembinaan bangunan-bangunan baru dan lanskap dijangka siap sepenuhnya dalam beberapa tahun akan datang ini setelah kawasan sekolah yang lama seluas 5.1577 ekar bertambah sebanyak 2.829 hektar lagi.Sekolah ini di atas Lot 2473 Mukim Cukai,Kemaman.


-HARAPAN


1) Mengadakan aliran sains untuk pelajar-pelajar tingkatan menengah atas bagi mengisi kekurangan pelajar-pelajar sains agama yang dikeluarkan Kerajaan Negeri pada masa kini.
2) Ingin melihat pencapaian yang semakin meningkat dari segi pencapaian akademik menerusi peperiksaan peringkat persijilan.
3) Ingin melahirkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi pencapaian akademik tetapi juga dari segi pembentukan disiplin dan moral yang tinggi.
                 

No comments:

Klik Sini !